08 March 2012
Penutupan Sementara
Setinggi penghargaan kepada semua follower,pembaca mahupun pemberi komen terhadap kemajuan blog ini dari permulaan terbitnya. Bagi mengemaskini bahan-bahan terkini blog ini akan ditutup buat sementara. Teruskan sokongan anda serta usaha murni anda terhadap masa depan PSGSM.
Sekian,jazakallah.
23 March 2011
شکور الحمدلل
Syukur Alhamdulillah setinggi-tingginya kepada ar Rahman yang mengizinkan Majlis Khatam Tahlil dan Bacaan Yasin diadakan dalam keadaan yang sederhana. Setinggi penghargaan kepada yang DiPertua merangkap Pengasas PSGSM kerana sudi menyerikan lagi majlis dengan mengetuai atau mengimami majlis sehingga akhir. Ucapan terima kasih juga kepada tuan rumah yang mesra dengan panggilan abang Nang, pihak yang menaja, sahabat seperguruan yang dapat hadir dan masyarakat setempat yang sudi melapangkan masa untuk hadir di majlis yang diadakan.
Ketibaan hadirin disambut baik tuan rumah yang mesra dipanggil abang Nang. Majlis bermula selepas solat Isyak dan berakhir hampir 2 jam kemudiannya. Sambutan ahli-ahli perguruan PSGSM dari serata negeri amat baik. Sungguhpun begitu majlis ini akan ditambah baik di masa akan datang bagi memberi ruang yang lebih kepada ahli perguruan yang bekerja untuk hadir bersesuaian dengan kelapangan semua pihak. Sehubungan itu, berita baik untuk semua ahli perguruan, Majlis Khatam Tahlil dan Bacaan Yasin yang akan datang akan diadakan sekali dalam setiap tempoh 3 bulan. InsyaAllah, tempat dan tarikh akan disesuaikan dari semasa ke semasa dan akan diberitahu kelak.
Diriwayatkan dari Abu Musa ra. : Nabi Saw pernah bersabda, "perumpamaan orang yang mengingat Allah dan orang yang tidak mengingat Allah adalah seperti orang hidup dengan orang mati". Dengan yang demikian maka bertepatanlah Majlis Khatam Tahlil atau Majlis Zikir yang diadakan merupakan salah satu majlis ilmu bagi memperingati Allah dan secara lansung menghidupkan hati dengan kalam Allah s.w.t. Semoga kita mendapat rahmat Allah dan syafaat Nabi Muhamad s.a.w.
13 March 2011
PEnguMUman!!
Program Rehlah ke Pulau Serimbun pada 18,19 dan 20 Mac ini dibatalkan dan akan ditunda pada tarikh yang akan diberitahu kelak. Hal ini adalah kerana keadaan cuaca semasa yang tidak menentu. Oleh yang demikian bagi keselamatan semua pihak Yang Dipertua PSGSM menasihatakan agar program tersebut dibatalkan dan diadakan pada tarikh yang lain pada masa akan datang.
walau bagaimanapun, Majlis Khatam Tahlil tetap akan diadakan seperti tarikh dan tempat yang telah dimaklumkan. Sehubungan dengan itu semua ahli seperguruan Seni Gerak Silat (SGS) diseru untuk bersama-sama memanjatkan doa kepada Allah s.w.t agar majlis yang akan diadakan berlangsung dengan lancar. sekian, jazakumullah.

19 February 2011
Rehlah Ke PuLAu SeRImBUn
No.Rujukan : Bil.( 8 )/SGSPMAS/2010
Tarikh : 19 Februari 2011
Kepada Yang Berkenaan
Tuan,
REHLAH KE PULAU SERIMBUN
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas;
Sukacita dimaklumkan bahawa badan induk Persatuan Seni Gerak Silat Malaysia akan menganjurkan program Rehlah Ke Pualau Serimbun mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 18,19 & 20 Mac 2011 bersamaan 13,14&15 Rabiulakhir
1432 Hijrah
Masa : 4:00 petang (Berkumpul di Jeti Umbai,Melaka
Tempat : Pulau Serimbun,Melaka
Bayaran : RM15 setiap orang
Sehubungan dengan itu, pihak jawatankuasa kerja mengalu-alukan kehadiran semua ahli PSGSM untuk menjayakan program tersebut. Selain itu,jawatankuasa kerja program turut mengalu-alukan sumbangan berupa wang ringgit atau barangan keperluan lain program daripada tuan/puan.
Kerjasama dan sokongan anda mejayakan majlis ini disusuli dengan ucapan terima kasih. Sekian,jazakumullah.
Yang Memikul Amanah,
ZANUL BIN HAJI ADAM
Setiausaha Agung
Persatuan Seni Gerak Silat Malaysia
Pekeliling Khatam Tahlil & Yasin

No.Rujukan : Bil.( 7 )/SGSPMAS/2010
Tarikh : 19 Februari 2011
Kepada Yang Berkenaan
Tuan,
MAJLIS KHATAM TAHLIL DAN BACAAN YASIN
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas;
Sukacita dimaklumkan bahawa badan induk Persatuan Seni Gerak Silat Malaysia akan menganjurkan majlis Khatam Tahlil dan Bacaan Yasin mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 17 Mac 2011 bersamaan 12 Rabiulakhir 1432 Hijrah
Masa : 8:30 Malam
Tempat : Kedai No.7,Kawasan Perniagaan Felda Jelai 4,negeri
Sembilan
Bayaran : RM50 (bagi setiap nama yang ingin membuat tahlil)
Sehubungan dengan itu, pihak jawatankuasa kerja mengalu-alukan kehadiran semua ahli PSGSM untuk menjayakan majlis ini. Bagi melicinkan persiapan majlis,peserta yang ingin terlibat dalam Khatam Tahlil perlu menghantar nama beserta bayaran seperti di atas kepada Yang Dipertua selewat-lewatnya pada 4 Mac 2011.
Kerjasama dan sokongan anda mejayakan majlis ini disusuli dengan ucapan terima kasih. Sekian,jazakumullah.
Yang Memikul Amanah,
ZANUL BIN HAJI ADAM
Setiausaha Agung
Persatuan Seni Gerak Silat Malaysia
15 February 2011
Sekapur Sirih Seulas Pinang Dari Pengasas
Sudah hampir 37 tahun usia SGS sejak pertama kali gelanggang pada tahun 1975. Dalam tempoh ini sudah banyak pengalaman kita lalui bersama. Tuduhan berbau fitnah dan tomahan yang datang dari segenap ceruk sama ada dari luar jemaah kita mahu pun dalam kesatuan jemaah sudah biasa kita dengar. Ada juga yang berpengalaman diziarahi Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Agama Islam mahupun Jawatankuasa Kampung datang menyiasat. Namun, semua kejadian demi kejadian ini tidak sesekali melemahkan semangat bahkan dianggap sebagai kayu ukur kepada kematangan kita menjalankan amanah Allah. Tahniah dan syabas dari saya kepada yang berjaya menempuh senario ini dengan sabar.



