23 March 2011

شکور الحمدلل

Syukur Alhamdulillah setinggi-tingginya kepada ar Rahman yang mengizinkan Majlis Khatam Tahlil dan Bacaan Yasin diadakan dalam keadaan yang sederhana. Setinggi penghargaan kepada yang DiPertua merangkap Pengasas PSGSM kerana sudi menyerikan lagi majlis dengan mengetuai atau mengimami majlis sehingga akhir. Ucapan terima kasih juga kepada tuan rumah yang mesra dengan panggilan abang Nang, pihak yang menaja, sahabat seperguruan yang dapat hadir dan masyarakat setempat yang sudi melapangkan masa untuk hadir di majlis yang diadakan.


Ketibaan hadirin disambut baik tuan rumah yang mesra dipanggil abang Nang. Majlis bermula selepas solat Isyak dan berakhir hampir 2 jam kemudiannya. Sambutan ahli-ahli perguruan PSGSM dari serata negeri amat baik. Sungguhpun begitu majlis ini akan ditambah baik di masa akan datang bagi memberi ruang yang lebih kepada ahli perguruan yang bekerja untuk hadir bersesuaian dengan kelapangan semua pihak. Sehubungan itu, berita baik untuk semua ahli perguruan, Majlis Khatam Tahlil dan Bacaan Yasin yang akan datang akan diadakan sekali dalam setiap tempoh 3 bulan. InsyaAllah, tempat dan tarikh akan disesuaikan dari semasa ke semasa dan akan diberitahu kelak.

Diriwayatkan dari Abu Musa ra. : Nabi Saw pernah bersabda, "perumpamaan orang yang mengingat Allah dan orang yang tidak mengingat Allah adalah seperti orang hidup dengan orang mati". Dengan yang demikian maka bertepatanlah Majlis Khatam Tahlil atau Majlis Zikir yang diadakan merupakan salah satu majlis ilmu bagi memperingati Allah dan secara lansung menghidupkan hati dengan kalam Allah s.w.t. Semoga kita mendapat rahmat Allah dan syafaat Nabi Muhamad s.a.w.

13 March 2011

PEnguMUman!!

PERHATIAN!!

Program Rehlah ke Pulau Serimbun pada 18,19 dan 20 Mac ini dibatalkan dan akan ditunda pada tarikh yang akan diberitahu kelak. Hal ini adalah kerana keadaan cuaca semasa yang tidak menentu. Oleh yang demikian bagi keselamatan semua pihak Yang Dipertua PSGSM menasihatakan agar program tersebut dibatalkan dan diadakan pada tarikh yang lain pada masa akan datang.

walau bagaimanapun, Majlis Khatam Tahlil tetap akan diadakan seperti tarikh dan tempat yang telah dimaklumkan. Sehubungan dengan itu semua ahli seperguruan Seni Gerak Silat (SGS) diseru untuk bersama-sama memanjatkan doa kepada Allah s.w.t agar majlis yang akan diadakan berlangsung dengan lancar. sekian, jazakumullah.